Nugget Ayam Buat Sendiri a.k.a. Homemade Nugget Ayam


Nugget Ayam Buat Sendiri ni sedap, mudah dan sihat. Paling penting ia tanpa MSG! Ringkas, dan pasti jadi kesukaan keluarga terutama adik-adik kecil molek.
 
Ready in: 60 minutes
Servings: 3-4
Difficulty: Moderate
Bahan-Bahan A
500g isi ayam (cincang sampai lumat dan halus)
1/2 cawan sayur (lobak merah dan saderi)
3 sudu tepung jagung
1 biji bawang putih (cincang)
2 biji bawang merah (cincang)
1 sudu teh serbuk lada putih
1/3 sudu teh garam
1/2 sudu teh thyme kering (ikut citarasa)
1/2 sudu teh oregano kering (ikut citarasa)
Bahan-Bahan B: Salutan Nugget
3 biji telur (untuk salut)
serbuk roti / bread crumb

Cara-Cara:

  1. Campurkan semua bahan A dan gaul sehingga sebati.
  2. Sapu minyak masak pada loyang, kemudian masukkan adunan.
  3. Kukuskan adunan selama 20minit (atau sehingga masak)
  4. Biarkan sejuk. Potong nugget ikut kesukaan petak atau jejari
  5. Kacau telur, celup potongan nugget dalam telur, kemudian golekkan ke dalam serbuk roti.
  6. Goreng bagi garing dan sedia untuk dimakan.

Tip: Simpan dalam bekas berpenutup. Simpan dalam peti ais untuk goreng lain hari.

 
Nugget Ayam Buat Sendiri a.k.a. Homemade Nugget Ayam
Write a review
Print
Ingredients
  1. 500g isi ayam (cincang sampai lumat dan halus)
  2. 1/2 cawan sayur (lobak merah dan saderi)
  3. 3 sudu tepung jagung
  4. 1 biji bawang putih (cincang)
  5. 2 biji bawang merah (cincang)
  6. 1 sudu teh serbuk lada putih
  7. 1/3 sudu teh garam
  8. 1/2 sudu teh thyme kering (ikut citarasa)
  9. 1/2 sudu teh oregano kering (ikut citarasa)
  10. 3 biji telur (untuk salut)
  11. serbuk roti / bread crumb
Instructions
  1. Campurkan semua bahan A dan gaul sehingga sebati.
  2. Sapu minyak masak pada loyang, kemudian masukkan adunan.
  3. Biarkan sejuk. Potong nugget ikut kesukaan petak atau jejari
  4. Kacau telur, celup potongan nugget dalam telur, kemudian golekkan ke dalam serbuk roti.
  5. Goreng bagi garing dan sedia untuk dimakan.
Zacopa http://blog.zacopa.my/

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *