Resipi Tart Nenas Berintikan Jem Nenas Homemade


Raya tanpa kuih Tart Nenas ini pasti rasa tidak lengkap. Paling best jem yang di buat sendiri…wahh lagi terasa enaknya.
 
Ready in: 3 hours
Servings: 30
Difficulty: Moderate
Bahan untuk jem:
2 biji nenas, parut
600 gram gula
1 batang kayu manis
Sedikit esen vanilla
Bunga cengkih
Daun pandan
Bahan untuk hiasan:
1 biji kuning telur
1 sudu air
Bahan-bahan untuk tart:
125 gram butter
1 sudu besar gula kastor
1 biji kuning telur
1 sudu besar minyak sapi
1 3/4 cawan tepung gandum*
1/4 cawan tepung jagung*
1 sudu besar tepung kastard*
1/2 sudu kecil garam halus, (jika guna unsalted butter)

Cara-cara untuk jem nenas:

  1. Parut nenas dan jangan dibuang airnya.
  2. Masak bersama daun pandan hingga kering sambil dikacau supaya tidak hangus.
  3. Setelah kering masukan gula, esen vanilla , bunga cengkih dan kulit kayu manis.
  4. Kacau tanpa henti hingga likat.
  5. Angkat dan sejukkan.

Cara-cara untuk bahan hiasan:
Kacau sebati kuning telur, air dan pewarna kuning. Sapu di atas tart gulung.

Cara-cara untuk tart:

  1. Pukul mentega ( dikeluarkan pada suhu bilik) bersama gula sehingga putih dan berkrim.
  2. Masukkan kuning telur, minyak sapi dan garam. Kacau sehingga sebati.
  3. Ayak ketiga-tiga jenis tepung (bertanda *). Masukkan tepung sedikit demi sedikit ke dalam adunan sehingga menjadih doh yang lembut. Rehatkan seketika.
  4. Masukkan doh ke dalam acuan tart, tekan dan gulung bersama inti nenas yang digentel kecil membujur. Susun di atas loyang yand dilapik dengan baking paper atau digriskan dengan butter.
  5. Sapukan atas tart gulung dengan bahan hiasan. Panaskan oven pada suhu 175 darjah celcius, masukkan kuih dan bakar selama 20-25 minit.
 

Tips: Jika doh masih agak keras, uli doh bersama soft butter sedikit demi sedikit sehingga doh menjadi senang untuk diterap.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *